Resepi Dan Cara Membuat Cup Cake
Resepi dan cara membuat cup cake. Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat cup cake dan cara memasak cup cake sehingga siap untuk dimakan. Anda boleh rujuk resepi dan cara membuat cup cake disini.
Resepi dan cara membuat cup cake
Resepi dan cara membuat cup cake. Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat cup cake dan cara memasak cup cake sehingga siap untuk dimakan. Anda boleh rujuk resepi dan cara membuat cup cake disini.
Dari apa yang saya baca (maaf jika saya silap), nampaknya Banoffee Cupcake ini sejenis cupcake yang dibuat dari pisang. Senang cerita Banoffee Cupcake ini adalah kek cawan pisang (Banana Cupcakes). Kepada yang sangat sukakan kek yang dibuat dari pisang pasti akan menyukai Banoffee Cupcake ini. Saya sendiri menyukai mana mana kek yang bahan didalamnya terdapat campuran pisang.
Nasihat pemakanan – Pengambilan makanan seperti kek pavlova besar (contoh) atau cupcake tidak digalakkan diambil dengan kuantiti yang banyak kerana kandungan kalori yang tinggi dan tidak sesuai untuk yang sedang atau mahu kuruskan badan. Boleh makan tetapi jangan kerap. Banoffee cupcake calories secara umumnya mempunyai nilai kalori sebanyak 200KCal. Jadikan tabiat hidup sihat sebagai amalan harian anda agar anda tidak termasuk dari salah satu rakyat Malaysia yang mengidap Sakit Jantung, Darah Tinggi, Diabetis dan lain lain.
Bahan Bahan Untuk Banoffee Cupcake :
3 1/2 cawan tepung gandum/tepung kek
2 sudu teh baking soda/soda bikarbonat
1/2 sudu teh garam
(Ayak bersama bahan di atas, ketepikan)
250g mentega di suhu bilik
2 1/2 cawan gula kaster
4 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
1 cawan buttermilk (atau 1 cawan susu segar dicampur dengan 2 sudu teh jus lemon atau cuka)
2 cawan pisang lenyek
Cara membuat :
1) Panaskan ketuhar 170 darjah Celsius, alaskan dulang pembakar muffin dgn kertas cupcake
2) Pukul mentega dgn gula hingga kembang dan gebu menggunakan pemukul elektric, masukkan telur satu persatu dan pukul hingga sebati. Masukkan esen vanilla
3) Masukkan 1/3 campuran tepung yg telah diayak, pukul perlahan. Pukulkan separuh buttermilk dan separuh pisang. Ulang dgn 1/3 lagi campuran tepung, kemudian separuh lagi buttermilk dan pisang. Akhiri dgn campuran tepung. Pukul hingga sebati tapi jgn terlebih pukul.
4) Tuangkan adunan cupcake ke dalam cawan cupcake hingga 3/4 penuh. Bakar 20 minit (atau hingga keemasan dan bila cucuk dgn lidi tak melekat)
Topping:
1) Non-dairy whipped topping (dipukul hingga kembang)
2) Caramel (saya guna trick buat caramel pakai susu pekat manis tin – rebus tin susu pekat main dalam periuk besar dengan air dalam selama 3 jam, anda akan dapat caramel) Coklat hitam yg diparut.
Ok, resepi Banoffee Cupcake telah pun selesai. Kepada yang berminat dan sukakan Banoffee Cupcake ini boleh mencubanya sendiri. Selamat mencuba :)
Source and citation:
https://www.facebook.com/pages/Ezani-Masterchef-Malaysia/285700588117561
http://myrujukan.com/recipe-banoffee-cupcake-sedap-malaysia
Anda mungkin menyukai:
Resepi dan cara membuat kek lapis masam manis
Resepi dan cara membuat kek lapis pelangi
Resepi dan cara membuat kek lapis sarawak
Resepi dan cara membuat kek coklat
Resepi dan cara membuat kek pisang